Keberanian

Oleh Fahmi Mustaffa

Matahari pasti datang bersama kegembiraan seolah-olah sebuah harapan yang tak terkalahkan.

Rahman berteka-teki. Sungguh hidup ini umpama percaan yang saling bersangkutan di antara momen dan memori. Kenyataan pasti datang sebagai pengikat realiti. Dia sedar, bahawa kenyataan itu seperti pisau yang tidak mahu berhenti menghiris-hiris daging mudanya, sedang paksaan itu umpama perahan limau yang menyeksa luka dan urat-urat impiannya.

“Apakah puisi mampu mengenyangkan perutmu? Bagaimanakah puisi mampu mengawal harga barangan keperluan yang naik menggila? Apa, golongan miskin akan menjadi kaya dengan membaca puisi? Atau manusia yang kelaparan terus kenyang dan sentosa? Dan masyarakat – apakah dengan sepotong puisi, gejala negatif akan terpadam? Dan semua dibius keinsafan dengan sebuah rapsodi kata-kata? Aku faham, Man. Ini minatmu. Dan kau harus faham, demi Tuhan aku tidak langsung ingin menyakiti hatimu. Pertanyaanku ini adalah atas keikhlasan persahabatan kita. Mahukah kau keluar bersamaku?”

Dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2015.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *