Terima Kasih

Oleh Nik Nur Asiah Asyikin Nik Sin

Siling putih itu Dilah amati. Katil yang menampung beratnya itu terasa keras di belakang badannya. Satu keluhan berat keluar daripada bibirnya yang mungil. Sudah hampir tiga hari dia berada di situ. Walaupun ruang itu luas dan mempunyai ramai orang, dia masih berasa sesak dan keseorangan. Matanya yang redup memandang sekeliling. Bersebelahan dengannya ialah seorang remaja yang berusia 16 tahun. Dilah pernah bercakap dengan remaja itu ketika dia baru sahaja masuk ke tempat yang dicat putih itu. Seingatnya, remaja yang bernama Aisyah itu menghidap kanser, namun Aisyah tidak pernah menunjukkan kesedihan atas nasib yang menimpanya. Senyuman manis sentiasa di bibirnya dan dia sentiasa menyapa jururawat yang lalu-lalang. Dilah tersenyum ketika matanya bertembung dengan Aisyah yang juga melemparkan senyuman.

Semakin hari, Dilah semakin tidak keruan. Wad yang dahulunya kelihatan putih dan bersih, kini kelihatan seperti penjara buat Dilah. Rakan-rakan pesakitnya yang baik dahulu, kelihatan seperti musuh kepadanya.

Semakin hari, Dilah semakin resah.  Kedatangan Dr. Malik yang dahulunya ditunggu tidak lagi mengujakan.

Semakin hari, preskripsi ubat Dilah semakin bertambah. Jiwa Dilah semakin kusut. Dia sudah tidak mempunyai harapan untuk pulang ke rumahnya.

Dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2015.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *