Berdesing Iman

Oleh Suhaida Ismail

Lewat malam itu. Bunyi itu singgah lagi di telinganya. Berdesing. Dia tidak tahan lagi.

Puas dinasihati. Puas dipujuk. Namun, hasilnya tampak tidak berkesudahan. Dia memendam rasa. Demi cinta, demi sayang akan dia berusaha lagi.

“Sudah-sudahlah, abang,” ujarnya dengan penuh kelembutan. Bagai disapa angin lalu, katanya hilang membelah semilir. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Dia tewas lagi. Bunyi itu masih berdesing di telinganya.

Mulut pemuda itu terkumat-kamit. Sesekali ia melolong meminta tolong. Menjerit lantang, “Aku insaf! Aku insaf! Kembalikan aku ke dunia! Aku ingin bertaubat! Tuhan! Tolong aku! Panas! Panas!”

Langkahnya diayun laju ke arah pemuda itu.

“Arghhh!” jerit pemuda itu lagi. Bersambung-sambung. Tiada hentinya. Dia terkejut dan tergamam. Dia terduduk apabila melihat wajah pemuda itu persis wajahnya.

Dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2015.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *