Sanggar Hati ke Sanggar Budi: Sebuah Perjalanan yang Perlahan dan Sederhana

Oleh Khairil Idham Ismail

Tidak pernah terlintas di benak fikiran saya untuk menjadi penulis apatah lagi menulis karya sastera dan kreatif. Sebelum saya menulis dan menghantar karya ke media, saya saling berutus surat dengan ayah. Amalan ini telah bermula semenjak darjah tiga lagi ketika saya masuk ke sekolah berasrama di Petaseh, Jelebu. Setiap kali ayah saya keluar bertugas di luar stesen, pastinya saya akan dikirimi paling tidak sekeping poskad dengan pelbagai kata-kata yang indah, bertanya khabar dan memberikan semangat. Menariknya lagi kerana kami menggunakan tulisan Jawi di dalam setiap warkah yang dikirimi.

Alhamdulillah. Perjalanan perlahan dan sederhana ini akhirnya telah membuahkan naskhah kumpulan puisi peribadi saya yang pertama berjudul Rusia Kali Pertama. Buku tersebut turut menerima tuahnya apabila diperkenalkan dan dilancarkan pada hari yang sama oleh dua orang tokoh sastera yang amat saya hormati …

Dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2015.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *