Fungsi Latar dalam Cerpen

Oleh S.M. Zakir

… Satu lagi cara yang membolehkan pengarang menekankan satu-satu perincian yang mutlak ialah penerangan tentang latar yang dibentangkan sama ada oleh si pencerita sendiri atau oleh seorang watak. Perkataan ‘latar’ dalam drama bererti latar belakang yang dapat dilihat dan peralatan pentas. Tetapi dalam teks atau karya sastera pengertiannya menjadi lebih luas, ia termasuk waktu dan tempat berlakunya aksi. Latar mencakupi bukan sahaja perabot dalam sebuah bilik (latar kecil dan khusus) tetapi juga meluas sehingga kepada era, zaman (waktu) dan kampung, kota, atau negara (tempat). Latar sesebuah cerita itu amat penting sehingga dapat mempengaruhi aksi dan watak.

Keempat-empat cerpen ini memberikan contoh yang baik tentang bagaimana latar itu harus berfungsi dalam sesebuah karya sastera. Kegagalan keempat-empat cerpen ini memanfaatkan fungsi latar sebagai unsur penting dalam membina suatu topik dan gambaran cerita telah melemahkan keberadaannya sebagai karya sastera. Perbincangan ini mungkin dapat menarik perhatian para penulis untuk memberikan perhatian yang lebih khusus dan serius terhadap kepentingan latar dalam mewujudkan sebuah karya sastera yang bernalar tinggi.

Dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2015.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *