Sri Delima Sakti

Oleh: Saiful Amir Hamzah

Dua kotak yang berbungkus rapi menarik langkah kakiku menghampirinya. Kain kuning mengikat kotak itu. Pada badannya tertera nama Sri Delima Sakti. Aku buka kotak itu dengan perlahan. Sebuah replika seekor kuda kepang lengkap dihiasi benang emas dan kain sutera tulen bersedia untuk digerakkan. Aku terpesona oleh replika kuda kepang itu.

“Khalid, awak ini siapa? Segala perlakuan awak, pergerakan, tutur bicara dan peraturan ini kuat mengingatkan saya …”

“Pada kekasih hati awak? Letupan feri 10 tahun dahulu di Pantai Morca Australia. Sang kekasih berumur 22 tahun, seorang penari kuda kepang dan awak terpisah dengannya?”

“Selepas kemalangan feri itu, saya tidak sedarkan diri selama lapan bulan. Ayah terus membawa saya kembali untuk menjaga dan merawat saya. Ekoran daripada itu, saya tidak mampu untuk mengingat apa-apa. …”

Artikel ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, Januari 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *