Kemboja di Tanah Sahara

Oleh: Muhammad Muhaimin Mohd Subki

Ah, Wan! Semua orang fikir usia Wan masih dalam lingkungan 30-an walhal, Wan sudah senja. Sudah pun menginjak 50-an Ramadan ini. Entah apa rahsia Wan kelihatan kekal muda, tiada siapa yang tahu. Namun yang pasti, setiap mereka yang bertemu pasti akan senang dengan orang tua dari Kampung Cucur Badak itu.

“Selepas beberapa tahun, ada sahaja orang cuba membeli tanah ini. Bahkan seluruh kampung turut ingin dibeli. Katanya untuk projek mega yang menguntungkan. Ada juga beberapa orang kita sudah menjual tanahnya demi memenuhkan kantung haloba diri. Tapi Wan dan Tokpahmu yang hidupnya bahagia dengan kesederhanaan, bermati-matian menentang demi mempertahankan tanah penuh kenangan ini.”

Artikel ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, Januari 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *