Kembara Sastera Diri: Daripada Buku Eksperimen Sains ke Kota Istana

Oleh: Mohd Amirul Hamudin

Saya masih ingat kali pertama saya menulis sekadar untuk meluahkan perasaan. Perasaan remaja yang sering bergejolak. Tambahan pula, saya sendiri kadang-kadang seakan-akan mengalami kemurungan, depresi dan krisis identiti dengan konflik dalam diri sendiri. Segala rasa ini seakan-akan menekan dari dalam diri. Meminta-minta untuk keluar dan akhirnya saya tidak mampu menampung lagi. Semuanya tumpah dalam bentuk tulisan di dalam buku eksperimen sains sekolah menengah. Mujur sahaja guru ketika itu juga jarang-jarang menggunakan buku makmal sains. Jujurnya, buku makmal sains itu merupakan sebuah buku yang baik untuk menulis terutamanya puisi kerana agak panjang berbanding buku latihan biasa.

Artikel ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, Januari 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *