Ruang Surealisme dalam Puisi

Oleh: Sayidah Mu’izzah

Dari Bintang ke Bintang, sebuah teater adaptasi daripada puisi-puisi Sasterawan Negara Usman Awang arahan bersama Fauziah Nawi dan Iryanda Mulia dipentaskan di Wisma Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Antara puisi yang diadaptasi ialah puisi yang sangat terkenal yang didendangkan oleh kumpulan Kopratasa iaitu puisi “Kekasih”.

Persembahan dimulai dengan nyanyian yang harmoni dan terdapat unsur kekaguman pada awalnya yakni kemunculan para pelakon yang tiba-tiba dari sebalik tabir hitam setelah rebana dipalu. Hal ini boleh dipuji kerana ‘persembunyian’ para pelakon berjaya memberikan kesan magis. Sebelum pelakon memulakan sebarang dialog dan lantunan puisi, lakonan mereka dimulakan dengan persembahan silat pembukaan. Hal ini bersifat sangat ikonik dengan dunia Melayu.

Artikel ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, Januari 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *