Variasi Landskap Taman dalam Karya Melayu Tradisional

Oleh: Hasrina Baharum

Karya Melayu tradisional juga turut memaparkan kewujudan taman yang berkonsepkan taman perburuan. Kewujudan taman perburuan dalam karya Melayu tradisional dapat dikesan melalui kisah raja-raja Melayu yang suka berburu sebagai hobi eksklusif mereka pada masa lapang. Oleh itu, pasti ada suatu tempat yang menjadi medan untuk mereka menjalankan aktiviti ini dan tempat tersebut dinamai taman perburuan. Dalam kebanyakan karya tempat ini lebih terbuka sifatnya. Maksudnya, tempat yang menjadi taman perburuan tersebut tidak terhad kepada sudut atau kawasan tertentu. Taman perburuan meliputi kawasan di luar istana yang disebut “hutan belantara”, “hutan rimba”, “padang”, dan sebagainya.

Satu lagi contoh taman kerohanian ialah Taman Ghairah dalam Bustan al-Salatin, yang dibina oleh Sultan Iskandar Thani Alauddin Mughayat Shah Johan Berdaulat. Secara umumnya taman ini tetap mengekalkan tiga elemen penting bagi mengidentifikasikannya sebagai sebuah taman yang bersifat kerohanian, iaitu air, pokok-pokok dan masjid. Ketiga-tiga elemen ini dapat dilihat dalam petikan daripada Bustan al-Salatin yang memerihalkan sebahagian daripada gambaran susun atur gubahan landskap taman tersebut serta elemen yang terdapat di dalamnya.

Artikel ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, Februari 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *