Kelangsungan Landskap Budaya Melayu dalam Era Globalisasi

Oleh: Mohammad Rusdi Mohd Nasir

Antara komponen yang paling ketara dalam landskap budaya Melayu termasuklah ciri-ciri Islam yang turut diaplikasi dalam persekitaran landskap budaya. Landskap bercirikan Islam semakin mula digemari memandangkan keindahan landskap bercirikan Islam begitu dekat dengan budaya orang Melayu. keindahan dan kekayaan unsur reka bentuk Islam ini jelas ketara pada seni khat dan kaligrafi yang banyak dijumpai pada seni bina rumah-rumah Melayu tradisional. Reka bentuk geometri dan awan larat antara contoh adaptasi reka bentuk Islam pada landskap budaya Melayu. malah, semenjak kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyarakat Melayu mula menerima baik unsur-unsur keislaman dalam adat resam dan budaya mereka. Konsep taman Islam dan seni bina Islam yang diadaptasi dari negara-negara Timur Tengah dan negara Islam lain dijadikan model dalam mewujudkan persekitaran landskap budaya di negara kita dewasa kini. Antara yang selalu menjadi panduan dalam penataan landskap taman Islam termasuklah al-Hambra di Andalusia, Sepanyol dan juga taman syurga seperti yang terdapat dalam al-Quran. Malah, konsep ini jelas diadaptasikan di Putrajaya dan juga di Iskandar Malaysia, Johor Bahru sebagai gabungan antara kekayaan warisan landskap budaya tempatan dengan keagungan warisan Islam sejagat.

Artikel ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, Februari 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *