Puisi Terapi Jiwa: Penyembuh Emosi dan Merawat Hati

Oleh: Amran Ibrahim Rashidi

Sekitar tahun 1000SM, David disembuhkan oleh Saul melalui nyanyian Mazmur yang diiringi oleh harpanya. Pada abad kelima SM, drama dianggap sebagai sebahagian daripada penyembuhan masyarakat. Teater menggambarkan trauma seperti pembunuhan, pemerkosaan, dan pelbagai lagi. Persembahan ini terikat antara nasib dengan kehendak bebas hasil kehidupan masyarakat.

Emosi yang kuat dan ketakutan terus-menerus akan bergolak dalam diri kita jika tidak dapat mengawalnya dengan baik. Terapi puisi memberi kita keyakinan bahawa seseorang individu dapat memperoleh manfaat dan menyembuhkan penyakit hati dan perasaan. Aliran pemikiran ini menggunakan alam bawah sedar yang dinamik dan teknik yang memanfaatkan konsep psikodinamik seperti konflik serta pertahanan dan keamanan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mac 2016

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *