Layanan Rancak Baliak Lain Wakatu

Oleh: Hafiz Latif

Kami teruskan perjalanan ke Desa Pandai Sikek yang terkenal dengan produk tenunan songket, sulaman dan juga ukiran kayu. Selepas melihat-lihat kraf tangan tersebut sambil mencuba alat menenun songket, kami memasuki salah sebuah pusat ukiran kayu yang dimiliki oleh Pak Omar. Saya berasa kagum apabila melihat beberapa orang remaja yang berumur sekitar 10 hingga 15 tahun begitu mahir mengukir dan mewarna papan-papan kayu yang ditempah oleh para pelanggan mereka. Difahamkan mereka sudah beberapa tahun belajar secara praktikal di situ tanpa mengikuti mana-mana kelas mengukir kayu secara formal.

Namun, antara pengalaman yang pastinya tidak akan dilupakan ialah perjalanan kami ke Kota Sawahlunto yang mengambil masa enam jam dan melalui kawasan perbukitan yang sesekali agak curam dan hampir dengan gaung di kiri dan kanan jalan. Kota Sawahlunto kini berkembang menjadi kota wisata tua yang multietnik. Kami menuju ke Muzium Kereta Api Sawahlunto dan penemuan batu bara di sini membuatkan kereta api menjadi pengangkutan yang penting ketika zaman pemerintahan Hindia-Belanda.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mac 2016

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *