Memahami Mesej dalam Karya Sastera

Oleh: S.M. Zakir

Mesej bermaksud ini pati daripada keseluruhan komunikasi atau isi/inti pati yang dibawa. Maka dalam sastera, mesej adalah pesan yang dibawa, inti pati dan isi keseluruhan cerita. Mesej juga membawa pengajaran atau moral cerita. Mesej/pesan adalah antara elemen penting yang mewujudkan sesebuah penulisan itu sebagai sebuah karya sastera. Tanpa adanya mesej atau pesan, sesebuah penulisan itu tidak boleh dianggap sebagai karya sastera. Ini adalah kerana sastera itu adalah sebuah “budaya” dalam bentuk tulisan serta pemikiran, dan setiap budaya itu adalah amalan, norma dan nilai – yang datang dan terkandung dalam pesan-pesan dalam cerita kesusasteraan tersebut.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mac 2016

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *