Kebijaksanaan dalam Sekeping Lukisan

Oleh: Muhammad Lutfi Ishak

Terdapat tiga nilai utama yang pasti terhimpun dalam suatu karya seni atau sastera yang baik, iaitu nilai keindahan, berfaedah dan kebenaran. Jika ketiga-tiga nilai tersebut tampil, maka karya seni atau hasil sastera itu pasti membijaksanakan. Keindahan menyentuh soal jasmani, yang boleh dicerap pancaindera, termasuk soal keharmonian bentuk dan susunan. Dalam konteks puisi atau prosa, hal ini berkait rapat juga dengan pemilihan kata yang sesuai dan tepat. Makin sempurna aspek keindahan, maka kesan kesedapan dan kesenangannya makin besar kepada perasaan. Berfaedah pula menyentuh kesan kepada individu atau masyarakat. Dalam dunia seni dan sastera moden, hal ini paling disanggah oleh golongan yang memperjuangkan seni untuk seni. Kebenaran pula menyangkut soal yang paling utama. Takrifan kepada kebenaran sangat akrab dengan pandangan alam. Dalam konteks pandangan alam Islam, kebenaran itu sentiasa berkait rapat dengan tiga soalan asasi kehidupan, iaitu dari mana kita berasal, untuk apa kita hidup dan ke mana kita akan tuju selepas ini.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mac 2016

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *