Pengekalan Elemen Bangsawan dalam Mulan

Oleh: Noramira Mohd Redzuan

Bangsawan Mulan yang dipentaskan ini merupakan adaptasi filem Disney yang diolah dengan sedikit perubahan daripada segi plot dan watak. Mulan atau Fa Mulan, seorang gadis yang lasak dan berani. Tidak seperti kedua-dua adik perempuannya atau gadis-gadis lain ketika itu yang gemar tampil menarik, Mulan berperwatakan seperti lelaki dan suka bermain pedang.

Persembahan pelakon Bangsawan Mulan dilihat menepati gaya lakon teater bangsawan yang dinyatakan di atas. Watak Fa Mulan misalnya, dilakonkan secara berlebihan untuk menunjukkan ketegasan watak dan pendiriannya bahawa wanita juga mampu menjadi pahlawan setanding lelaki. Watak Maharaja juga dilakonkan secara berlebih-lebihan untuk menunjukkan kekuasaaan dan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan golongan bawahan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mac 2016

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *