Stereotaip Gender dalam Penulisan Novel Popular

Oleh: Norehan Mohamad

Feminin seorang perempuan sering kali dikaitkan dengan kecantikannya dan keupayaannya menarik perhatian lelaki. Maka tidak hairanlah dalam kebanyakan karya sastera terutama karya sastera klasik, dapat ditemukan imej puteri yang cantik. Feminin yang digambarkan merupakan yang ideal untuk memenuhi cita rasa lelaki. Misalnya bulu mata yang lentik bagai taji, bibir bak delima merekah, pinggang ramping sejengkal kiri, mata jeli bintang timur, leher jinjang gading dilarik, pipi licin pauh dilayang, rambut panjang mayang mengurai, telinga kecil telipuk layu dan betis bagai bunting padi merupakan sebahagian fantasi lelaki terhadap wanita idaman. Penanda feminin yang dijelaskan ini menunjukkan bagaimana kecantikan dijadikan kayu ukur kewanitaan. Kecantikan dan feminin wanita sememangnya berkaitan dengan wanita yang patuh kepada konsep kecantikan ideal.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta April 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *