Kompleksiti Cinderella dalam Tulisan Novel Popular

Oleh: Mohamed Nazreen Shahul Hamid

Salah satu unsur yang membentuk kompleksiti cinderella ialah bentuk peranan gender yang sangat kental. Secara umumnya, gender merujuk satu konsep budaya yang digunakan untuk membezakan peranan, mentaliti, tingkah laku dan emosi antara lelaki dengan perempuan yang berkembang dalam masyarakat. Jika dilihat dalam kisah dongeng Cinderella, kaum lelaki digambarkan mempunyai status dan kedudukan yang lebih tinggi berbanding wanita. Watak Putera Raja dalam kisah tersebut digambarkan mempunyai harta yang banyak. Hal ini terbukti melalui kemampuan pihak kerajaannya mengadakan majlis tari-menari hampir setiap malam bagi mencari isteri yang sesuai untuknya. Malah, dia juga mempunyai perwatakan yang gagah dan bakal memegang tampuk pemerintahan negerinya. Manakala, Cinderella pula dipotretkan sebagai anak yatim piatu yang miskin. Cinderella seorang yang tidak berdaya dan gemar untuk membuat segala kerja rumah tanpa sebarang rungutan dan rutin hariannya tidak pernah berubah. Keadaan ini memperlihatkan peranan gender yang kental berasas pada stereotaip masyarakat terhadap keadaan yang dapat membezakan kaum lelaki daripada wanita.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta April 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *