Menongkah Kufur

Oleh: Noor Hidaya Mohd Yasin

‘Eleh, si Lela dengan si Farah itu pun bukannya pandai cakap orang putih. Bodoh juga macam aku. Setakat yes, no, I’m sorry, aku pun boleh!’

Panas hatinya apabila tiba-tiba dia teringat akan dua orang kawannya yang telah diterima bekerja di kilang tersebut sebulan lebih awal daripada kedatangannya. Dua gadis itu masih muda dan caintik-cantik belaka.

“Kenapa mesti aku, kenapa bukan orang lain?”

Mardiah menjerit geram. Bergegar almari bajunya yang terletak di tepi katil menerima terjahan kakinya. Serta-merta telinganya menangkap bunyi benda jatuh.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta April 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *