Macbeth Dunia Mimpi yang Merasuk Pertimbangan

Oleh: Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Apa yang menarik dalam teks asal drama karangan Shakespeare, tiada watak hitam atau putih yang ketara menonjol. Hampir kebanyakan watak utamanya berada di zon kelabu antara baik dengan jahat. Walau bagaimanapun, dalam naskhah yang dipentaskan kali ini, terdapat sedikit perbezaan dalam pembinaan watak yang disuntik oleh pengarah. Sebagai contoh, watak Puan Macbeth yang diarahkan Ahmad Yatim digambarkan sebagai perempuan penghasut dan tamak kuasa. Namun, dalam naskhah asalnya, Puan Macbeth hanyalah seorang perempuan yang bercita-cita tinggi dan memikirkan jalan tercepat untuk mencapai cita-citanya. Puan Macbeth seterusnya berasa tertekan dan “kehilangan” suaminya apabila melihat kerakusan Macbeth berterusan membunuh bagi mengekalkan kuasanya.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta April 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *