FIGURA: Petanda Lumpuh

Oleh: Muzaf Ahmad

Seluruh tangan dan tubuh Aufa Humaira menggeletar. Dia tiada pilihan lain selain menyerahkan dokumen itu. Nyawa Profesor Khaldoun kini menjadi taruhan. Seperti mana Gareth sanggup menjadikan Profesor Khaldoun sebagai manusia firaun, pasti dia juga sanggup melepaskan tembakan itu. Hanya itu yang membegar di penjuru fikirannya.

Aufa Humaira mara selangkah ke hadapan. Dia tiada pilihan. Dokumen itu terpaksa diserahkan tanpa sebarang penentangan atau kompromi lagi. Dia tidak boleh melengahkan masa atau Profesor Khaldoun akan menjadi mangsa senjata itu.

“Campakkan senjata kamu!”

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta April 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *