Cabaran Penulis Skrip Generasi Baharu

Oleh: Azrie Izham Hamzah

Penulis tidak dapat tidak, perlu menghadapi cabaran yang besar untuk memenuhi kehendak penerbit yang lazimnya akur dengan keperluan stesen televisyen. Penulis perlu faham dan jelas tentang selera penonton yang berbeza untuk setiap rangkaian penyiaran. Selera penonton rangkaian televisyen Media Prima Berhad misalnya, tidak sama dengan penonton yang memilih TV Al Hijrah sebagai saluran utama mereka. Penulis perlu berpegang pada tanggungjawab bahawa mereka berkarya untuk masyarakat. Kandungan penulisan yang dihasilkan perlulah mengandungi mesej serta pemikiran, yang disampaikan menerusi dialog mahupun keterangan visual. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan figura agung yang selayaknya menjadi contoh buat penulisan. Matlamatnya menghasilkan karya, cukup jelas dengan kepengarangan yang konsisten. Beliau tidak kaya dan tidak juga meninggalkan harta yang banyak untuk diwariskan kepada keturunannya. Malah, pada pengakhiran hidupnya, P. Ramlee tidak diterima oleh segelintir masyarakat dan hidup menderita. Namun begitu, pemikiran P. Ramlee dalam karyanya sarat dengan kritikan dalam masa yang sama menghiburkan setiap penonton sehingga saat ini. Hal ini sudah cukup bernilai sebagai warisan yang tiada tolok bandingnya.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mei 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *