Penulis Muda Mendepani Cabaran Penulisan Skrip Drama Pentas

Oleh: Aina Nabila Ahmad

Drama pentas memiliki bentuknya yang tersendiri seperti tragedi, komedi dan melodrama. Perbezaan format penulisan bukanlah faktor utama kurang kecenderungan penulis muda terhadap drama pentas, namun format penulisan turut mempengaruhi dalam pengkaryaan. Tidak semua penulis memiliki konsep penulisan yang sama. Umumnya penulis lebih cenderung menulis dengan gaya naratif berbanding dialog walaupun gaya penulisan dialog dilihat lebih mudah. Namun, apabila konsep dialog ini melibatkan pendekatan pementasan, tidak dapat tidak, seseorang penulis harus mempunyai idea atau gambaran pentas yang baik untuk sesebuah penulisan drama. Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mei 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *