Marionette, Prague dan Makna Puisi

Oleh: Muzaf Ahmad

Saya sempat mengembara ke Prague, Republik Czech, iaitu sebuah negara yang terletak di Eropah tengah. Negara ini berjiran dengan beberapa buah negara lain seperti Jerman dan Perancis. Republik Czech mempunyai sejarah lampau yang unik untuk dibongkar. Tentu sekali sejarah ini amat mempengaruhi struktur masyarakat serta tinggalan seni bina bangunan yang ada sehingga hari ini. Sudah lama saya berhasrat untuk ke Prague apabila mendengar cerita bahawa Prague sebuah kota yang cantik dan unik. Setiap kali mengembara ke negara orang, saya tidak lupa untuk mencatat atau menulis sesuatu. Saya akan menulis sekurang-kurangnya sebuah puisi, untuk mematerikan memori dan kenangan bahawa saya pernah menjejakkan kaki ke Prague. Maka, hasil kembara ke Republic Czech ini, sebuah puisi bertajuk “Peniup Seruling Marionette” telah dikarang. Puisi ini telah disiarkan di ruangan sastera akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 9 Ogos 2015.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mei 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *