Tunggu Aku di Ephesus

Oleh: Maryam Hamidah Zulkifli

“Diversiti? Andalusia? Uthmaniah? Ya, aku tahu itu. aku tahu Islam itu agama harmoni yang tidak menindas agama lain. Aku tahu di Andalusia dahulu, pelbagai agama berdiam dan semuanya dibenarkan menganut agama masing-masing dalam keadaan aman,” suaranya mengendur. Dia mengulang lesu maklumat itu.

Engkau pernah memberitahu aku, Islam itu mengajar kita menerima pandangan orang lain, baik dari sudut teori mahupun praktikal.

“Baiklah. Sebenarnya, aku tidak suka dengan perwatakan Maryam Jameelah yang keras mengkritik idea yang dibawa oleh Barat. Pada aku, Maryam Jameelah tidak seharusnya mengecam keras segala perkara acuan orang barat. Aku merasakan sebenarnya ini bukanlah isu siapa pembawanya, tetapi aku merasakan idea Barat itu di dalamnya terkandung nilai-nilai Islam yang langsung tidak ada pada Muslim itu sendiri.”

Dalam satu nafas, dia cepat bercerita pada aku, membuka kecamuk di jiwa yang telah lama disembunyikan dahulu. Aku menarik nafas, bibirku sedikit terjungkit senyum, setia mendengar.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mei 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *