Puisi dari Korea

Oleh: Anem Arnamee

“Kecewa? Kenapa kamu tidak merawatnya?”

Persoalan itu mengundang rasa hairan pada riak wajah Irkhan. Dahinya berkerut-kerut. Anak matanya tidak duduk diam.

“Maksud kamu?” Irkhan ingin tahu.

“Kalau kita sedih, puisi memang boleh dijadikan medium berkongsi. Tetapi kenapa kamu tidak gunakan puisi sebagai terapi, tulis yang indah-indah, impian dan doa kamu sebagai satu cara membawa kegembiraan?” ayat gadis itu membuatkan dia kagum. Bukan sahaja bijak bermain kata malahan cukup fasih berbahasa Melayu.

“Contohnya, Seung-hee?” Irkhan teruja. Ada ilmu baharu yang bakal dipelajarinya hari ini. Ilmu dari negara jauh.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mei 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *