Bingung Anak Tadika

Oleh: Fauzan Zain

Tentu. Hari kedua berbeza daripada hari pertama. Bapanya tidak berpura-pura memaniskan muka. Hasratnya mendapatkan penjelasan memuaskan bertukar serangan. Pengusaha tadika tergagap-gagap dengan terjahan soalan bertubi-tubi pagi itu di samping guru-guru dan tukang masak yang kekonyolan.

“Ini gila! Satu kesilapan yang tidak dapat saya terima. Kalau apa-apa terjadi, mampu mak cik carikan ganti darah daging sendiri?”

“Sabar tuan. Ini memang salah kami. Ini kes pertama setelah sepuluh tahun saya mengusahakan tadika ini.”

“Saya boleh saman kalau saya mahu. Periuk nasi semua cikgu, bungkus. Mahu?”

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mei 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *