Iqra’ sebagai Kunci Penulisan

Oleh: Maisarah Mansor

Saya senang menzahirkan perasaan dalam bentuk penulisan. Pelbagai teknik diaplikasi untuk menghasilkan sesebuah plot. Antaranya, kaedah montaj yang menggabungkan pengalaman diri sendiri atau pihak lain, hasil bacaan dalam akhbar, dan improvisasi kisah sejarah. Mengimbas masa lalu, saya teringat semasa sekolah rendah, ada individu yang seronok mencuri-curi membaca diari saya untuk dijadikan bahan ejekan. Arwah emak pula, pernah mengejar saya keliling rumah kerana saya menulis cerpen yang bercerita kononnya rumah jiran saya terbakar. Berikutan tragedi itu, saya tidak lagi menulis cerpen. Sifat saya yang belum matang dalam memilih plot telah mengundang rasa marah orang di sekeliling saya.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mei 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *