Lampu Aladin dan Polemik Sastera

Oleh: Muhammad Lutfi Ishak

Dalam konteks sejarah perkembangan sastera Melayu, pertembungan antara faham seni untuk seni dan sastera untuk masyarakat telah melahirkan suatu polemik awal yang masyhur antara Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) dengan Hamzah Hussin. ASAS 50 berpegang kepada faham sastera untuk masyarakat dan menjadikan prinsip itu sebagai moto dan justifikasi perjuangan mereka. Manakala Hamzah Hussin, salah seorang novelis penting dan pengarah filem Melayu yang dihormati, juga salah seorang pengasas kepada ASAS 50, melihat sastera dan seni dalam perspektif yang melangkaui masyarakat. Oleh itu, beliau menolak prinsip sastera untuk sastera, lalu bertindak keluar daripada ASAS 50 dan kekal berpegang kepada faham sastera untuk seni.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mei 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *