Nisya Khaleed Menentang Penyelewangan Jihad
Oleh: Mohamed Nazreen Shahul Hamid
…
Nisya Khaleed sememangnya memiliki ciri-ciri konsep drama tragedi tersebut. Isu yang dibawa bersifat berat, iaitu berkaitan penyelewengan konsep jihad yang dilakukan oleh kumpulan militan Islam tertentu dalam mencapai matlamatnya. Pelbagai persoalan moral dibentangkan dan watak Nisya turut menghadapi permasalahan berkaitan antara hidup dengan mati. Plot cerita juga berkembang daripada kebahagiaan Nisya dalam alam rumah tangganya kepada konflik bersama Zulkarnain yang memaksanya menjadi pengebom berani mati. Seterusnya, pengakhiran teater ini ialah tragedi tragis apabila Zulkarnain terkorban.
…
Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Mei 2016.