15 Tahun Mencipta Kematangan

Oleh: Armin Azhari Saleh

Tunas Cipta sebagai anak bongsu keluarga Bahagian Majalah, DBP menemui pembaca mulai keluaran Jun 2001. Dalam ruangan “Suara Editor”, Ketua Editornya, Zulkifli Salleh menyatakan bahawa dengan lahirnya Tunas Cipta, penulis baharu berpeluang untuk mengasah bakat mereka dalam penulisan terutamanya penulisan kreatif. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai orang baharu dalam dunia kreatif tanah air, mereka tidak layak untuk “memasuki” Dewan Sastera, yang hanya tertumpu pada penulis mapan. Jika mereka diberikan peluang dan ruang dalam majalah tersebut, pastinya akan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan sesetengah penulis mapan. Mereka juga tidak layak untuk Dewan Siswa kerana mereka telah melepasi tahap umur remaja.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Jun 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *