Di Sinilah Mengakar Pohon Penulisan Kreatif Saya

Oleh: M.F Kencana

DBP boleh diibaratkan sebagai “rumah” penulisan saya ketika saya mula-mula menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif ini, terutamanya selepas saya menyertai MPR. Majalah Tunas Cipta menjadi medan utama untuk saya berkarya dan menulis. Satu demi satu puisi saya semakin mendapat tempat dalam majalah ini. Hinggalah pada tahun 2008, majalah Tunas Cipta melalui zaman yang mendukacitakan apabila hanya menjadi sisipan dalam majalah Dewan Sastera. Banyak penulis muda berasa kecewa dan menggesa agar majalah Tunas Cipta ini dicetak kembali dalam bentuk yang asal. Akhirnya, barangkali setelah melihat rasional dan keperluan, atau mungkin juga disebabkan desakan ramai, majalah Tunas Cipta kembali dicetak semula secara berasingan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Jun 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *