Teater Dewan Persidangan Komedi Kritis atau Slapstiks?

Oleh: Aina Nabila Ahmad

Sebagai sebuah karya berbentuk komedi, teater Dewan Persidangan mengangkat persoalan demi persoalan yang sarat dengan sindiran tajam, antaranya termasuklah mengkritik penyelewengan kuasa, kerapuhan organisasi sosial, kronisme, kecelaruan pertimbangan, kekalahan orang-orang bawahan dan penindasan keadilan. Naskhah drama ini antara lain dilihat mempunyai nilai yang amat kuat sebagai  komedi kritis yang menyerahkan segala isinya untuk dikupas dan dihadami sendiri oleh para audiens. Setiap peristiwa yang berlaku membuahkan rasa ingin tahu, iaitu apa yang akan berlaku seterusnya dan seterusnya. Begitu kekuatan naskhah ini dilihat kukuh dalam memastikan perjalanan ceritanya terkawal dan tidak terlalu kompleks untuk dihayati sehingga ke penghujung cerita. Elemen-elemen teaterikal dalam teater Dewan Persidangan juga diadun dengan kemas bagi memenuhi konsep sebuah teater komedi seperti yang terlihat melalui kostum yang penuh warna-warni, latar muzik yang lucu serta gaya pergerakan watak yang penuh slapstiks.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Jun 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *