Menjejak Denai Darah: Bab 1

Oleh: Nadiah Zaini

“Adinda,” kedengaran suara perkasa memanggil baginda.

Puteri Gunung Ledang memalingkan wajahnya ke arah jejaka itu. Alangkah terkejutnya baginda apabila melihat gerangan jejaka yang tertugu di hadapannya. Baginda tergamam. Matanya tidak berkedip memandang jejaka itu.

“Duhai adinda pemerintah sekalian rakyat Kerajaan Indera Mahkota,” sapa jejaka di atas gumpalan awan putih.

“Kanda Tuah,” balas Puteri Gunung Ledang dengan senyuman hambar. Riak wajahnya bertukar suram. Kerinduan yang bertamu sekian lama seolah-olah lenyap tanpa jejak apabila baginda menyedari akan kedudukannya sebagai seorang pemerintah sebuah kerajaan. Baginda sedar, kewibawaannya harus dipertahankan walau setinggi mana kasihnya terhadap Laksamana Tuah.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Jun 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *