Tragedi Kritikan dan Penulis Muda

Oleh: Sayidah Mu’izzah

Apabila kritikan sastera dilihat sebagai gelanggang keintelektualan, maka jadilah sastera terlihat sebagai suatu ciptaan kelompok elitis. Kita sedia maklum seperti matematik dan sains, sastera juga memiliki kecerdikannya yang tersendiri. Akan tetapi, sastera tidak harus menjadi terlalu eksklusif begitu. Hal ini bukan sahaja membawa keruntuhan apresiasi masyarakat, bahkan anggapan tersebut turut dirasai tempiasnya oleh penulis muda. Penulis muda akan jadi tidak berani bersuara melahirkan pandangannya terhadap sesebuah karya. Mereka berasa tidak layak kerana masih muda dan mempersoalkan diri mereka sendiri untuk berada di gelanggang intelektual itu.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Julai 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *