Menuai Emas Mengangkat Jiwa Remaja

Oleh: Hasni Jamali

Konflik kekeluargaan dan sosial masyarakat turut disentuh melalui cerpen “Anak-anak Kota Batu”. Pengarang mengangkat perjuangan remaja kota yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup di kawasan pangsapuri yang sempit dan kotor dan diselubungi masalah kemiskinan, dadah dan sumbang mahram.

Naskhah ini turut mengangkat isu bahasa kebangsaan. “140 Aksara” memaparkan kebimbangan Atuk terhadap generasi kini yang semakin terhakis jati diri mereka dalam menguasai bahasa kebangsaan. Atuk lalu menjadikan laman sosial Burung Biru sebagai jalan memikat hati generasi Internet dengan hujah-hujah konkrit berkenaan kepentingan dan sejarah bahasa Melayu. Namun, berjayakah Atuk mempengaruhi generasi muda?

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Julai 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *