Pertemuan di Langkau

Oleh: Siti Nur Hidayah Abdullah

“Hendak sabar bagaimana lagi. Selama ini aku berdiam diri sahaja apabila orang bercakap tentang anak kita. Sudah beberapa kali juga aku berikan isyarat pada dia. Jangan berkawan lagi dengan budak Melayu bandar itu. Tapi seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri,” bapa terus marah-marah.

“Saya faham bapa. Tapi bersabarlah. Mima masih budak-budak lagi. Lama-lama nanti dia fahamlah.”

“Huh! Aku tidak boleh bersabar lagi begini. Tercalar maruah aku sebagai tuai rumah kalau suatu hari kelak anak kita ditangkap kerana berbuat onar. Aku sudah tidak peduli, esok kamu mesti sampaikan pada dia, kita telah menerima pinangan Jingga anak tuai rumah Lingga untuk jadi menantu.”

“Tapi Mima harus ditanya dulu, pak,” emak meningkah.

“Halaaaahhh … tidak perlu. Dia harus patuh kehendakku. Lagipun sejak bila adat dan budaya melah pinang anak perempuan perlu ditanya-tanya? Dahulu, kamu melah pinang denganku, ada ditanya?”

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Julai 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *