Dimensi Penulis Eceran kepada Penulis Buku

Oleh: Mohd Helmi Ahmad

Menjadi penulis era pengkomputeran ini cabarannya sedikit berbeza. Misalnya, sewaktu saya menulis cerpen “Seri Muka Ramadan” yang disiarkan dalam majalah Jelita, Julai 2012. Cerpen itu sebenarnya telah hilang sekelip mata sedangkan penulisannya hampir 90 peratus siap. Hal yang demikian terjadi gara-gara komputer riba saya rosak dan diformatkan semula. Dek sayangkan cerpen itu, saya cuba mengingat kembali ayat demi ayat cerpen tersebut, walaupun tidaklah 100 peratus sama. Tetapi saya yakin, 70 peratus cerpen yang tersiar itu sama seperti yang saya hasilkan sebelum ini.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Julai 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *