Nilai Feminisme dalam Teater Orang Kasar

Oleh: Aqilah Syafiqah Che Rosli

Melihat kepada watak utama Orang Kasar, lakonan Nur Sahira Mohd Azhar yang memainkan peranan Puan Popov berjaya mengusik emosi penonton terutamanya wanita untuk menyelami pergolakan emosi balu malang ini. Pencarian jawapan bagi konflik yang melanda dipertajam dengan susunan dialog yang jelas dan terang yang membolehkan penonton memahami situasi yang berlaku. Peleraian emosi yang bergelumang antara kemarahan, kebencian dan kesedihan dibuat dengan meletakkan kasih sayang sebagai jawapan.

Perwatakan antagonis yang ditunjukkan oleh Encik Smimov menerusi tindakan kasar terhadap wanita dengan cara menghina dan melemahkan semangat wanita didorong oleh faktor pengalamannya yang sering dikecewakan dan ditinggalkan wanita. Dia menganggap setiap wanita serupa, iaitu bersikap remeh, menyusahkan dan pendusta. Nizam Mohd Nazari yang membawakan watak Encik Smimov dilihat berjaya memainkan peranan “orang kasar” ini dan menimbulkan rasa tidak senang penonton terhadapnya.  Malah, keberkesanan lakonan Nizam menyebabkan penonton tambah mengasihani watak Puan Popov.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Julai 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *