Penerbit Indie Pilihan Penulis Muda

Oleh: Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub

Malah, judul buku yang diterbitkan oleh penerbit indie juga bersifat luar biasa. Hal ini penting untuk menarik perhatian pembeli. Mereka tidak menggunakan judul metafora seperti buku sastera atau tajuk cinta, rindu dan kasih. Sebaliknya tajuk yang unik sehingga mampu menarik penulis muda. Sebagai contoh, judul buku penerbit Fixi hanya menggunakan satu perkataan sahaja seperti Asrama, Badut, Bongkar, Comey, Delirium, Dosa, Enak, Gantung, Gelap, Jahanam, Jahat, Jepun, Kacau, Ilusaniti, Kamera, Kampung, Kelabu, Laknat, Kougar, Lari, Perjalanan, Permainan, Pinjam, Samar, Seronok, Romantis, Revolver, Sasar, Trio dan banyak lagi. Manakala, penerbit Lejen pula sering menggunakan tajuk buku yang agak gembar dan mengundang kontroversi. Misalnya buku terbitan Lejen seperti Uqasha 2: Rahsia, X&Y: Benihku Milikmu, Uqasha: Nafsu, Roman Berahi, Babi: Bercinta di Balik Api, Batang Gembira, Cincang: Dendam Terbalas, Kasarnova, Kelibat Setan, Rosmoh Perempuan Puaka dan Sembelih. Kadang-kadang, tajuk bukunya sahaja yang gempar dan keterlaluan, namun isinya tidak segempar judulnya.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Ogos 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *