Penerbitan Alternatif Lebih Gancang

Oleh: Hafiz Latiff

Sekarang ini aliran indie alternatif sudah membentuk landskapnya yang tersendiri. Mahu atau tidak, sudah tercatat dalam sejarah industri perbukuan negara. Gelombang yang mereka bawa ini bukanlah seperti buih-buih di pinggir pantai. Pengaruhnya besar dan pengikutnya banyak dan para penulisnya pula banyak yang semakin matang dan berkembang mutu serta kualiti penulisannya. Mereka tidak akan menjadi tepu jika mereka ada usaha untuk berkembang, baik dari segi kualiti penerbitan, bahasa dan pengisian. Para penulis muda dan baharu pula akan terus menghantar karya kepada penerbit alternatif selagi mereka percaya bahawa karya mereka akan diketengahkan dan mendapat tempat diĀ  hati para pembaca.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Ogos 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *