Penyampaian Peribahasa melalui Pantun

Oleh: MAWAY

Peribahasa yang disampaikan disesuaikan dengan bentuk pantun. Peribahasa diletakkan dalam baris maksud iaitu baris kedua atau ketiga dalam rangkap pantun dengan baris yang satu lagi berupa penerangan ringkas peribahasa tersebut. Pembayang pula diberi secara bebas asalkan menepati format penulisan pantun. Contohnya:

Asyik menulis sepucuk surat,

Ikan di kuali hangus hangit;

Anehnya raja merayu rakyat,

Bagai hujan berbalik ke langit.

(Khadijah Hashim, 2015:18).

Peribahasa yang ingin disampaikan dalam rangkap di atas ialah “bagai hujan berbalik ke langit”. Baris ketiga pantun tersebut memisalkan situasi peribahasa itu, iaitu merupakan satu keadaan yang pelik apabila raja merayu kepada rakyat kerana raja sepatutnya menaungi dan memerintah rakyat. Dalam suasana yang biasa, rakyat yang merayu kepada raja kerana kedudukan raja yang tinggi dan berdaulat.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Ogos 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *