Mimpi dan Angin, Refleksi Dunia Bukan Sekadar Ilusi

Oleh: Firdhaus Hassan

Saya mudah tertarik dengan susunan kata dalam falsafah kehidupan. Terdapat dua buah falsafah yang saya dengar dan terus simpan dalam hati. Sebuah diambil daripada komik Naruto dan sebuah lagi diambil daripada sebuah filem yang saya tak ingat tajuknya. “Lelaki tidak akan menjadi lelaki selagi tidak pernah merasa putus cinta,” kata guru Naruto bernama Jiraiya sewaktu mengajar anak muridnya tentang kehidupan manakala kata-kata dari Thailand yang berbunyi, “Lelaki tidak akan menjadi lelaki selagi tidak pernah bertumbuk,” menjadikan identiti bangsa mereka cukup kukuh. Kedua-dua falsafah ini saya pegang sehingga sekarang.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Ogos 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *