Imaginasi Antara Realiti dengan Fantasi

Oleh: S.M.Zakir

Empat buah cerpen yang tersiar bulan lalu dilihat antaranya ditulis berdasarkan realiti dan ada ditulis berasaskan fantasi. Malah ada yang menggabungkan kedua-dua unsur realiti dan fantasi. Namun, antara realiti dan fantasi ini, terlihat peranan imaginasi yang mengolah sesebuah realiti atau fantasi itu untuk hidup sebagai sebuah cerita. Imaginasilah yang membentuk, mengalir dan menghidupkan cerita dalam keempat-empat cerpen ini. Imaginasi ialah perlakuan atau proses membentuk suatu idea secara sedar atau secara bayangan fikiran tentang sesuatu yang belum dialami seluruhnya oleh manusia dalam realiti. Atau realiti yang digubah dalam bayangan fikiran sebelum dicurahkan dalam penulisan atau medium pengkaryaan. Imaginasi ialah daya atau keupayaan “mengubah dan menyusun” yang berfungsi menjadikan hasil seni sebagai sesuatu yang istimewa. Dalam satu pengertian, Imam Al-Ghazali menyebutnya sebagai daya atau deria khayal, iaitu sebuah fakulti daripada lima fakulti dalam jiwa manusia yang berfungsi mengambil dan menyimpan maklumat daripada indera rasa dan memberi deria akal apabila diperlukan. Daripada fungsi yang digariskan, deria atau fakulti khayal ini bersamaan dengan imaginasi.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Ogos 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *