Menjejak Denai Darah: Bab 3

Oleh: Nadiah Zaini

“Inang! Inang!” Puteri Gunung Ledang memanggil Perwara Dandan Setia.

“Patik di sini, tuanku,” sahut inang dari luar balairung. Sedetik kemudian, Perwara Dandan Setia bergegas masuk ke dalam balairung.

“Sediakan persalinan beta. Beta mahu ikut serta masuk ke dalam hutan. Beta sendiri akan mendapatkan pakma itu,” titah Puteri Gunung Ledang.

“Baiklah, tuanku,” ujar Perwara Dandan Setia lalu meninggalkan balairung.

“Tuanku, apakah sudah dipertimbangkan sehabis-habisnya tentang perkara ini?” soal Bendahara Paduka Seri Diraja yang berasa gusar dan bersalah akan kegagalannya mencari bunga pakma hingga menyebabkan Puteri Gunung Ledang membuat keputusan sedemikian.

“Ya, beta nekad. Beta harus menemukan bunga itu. Hanya itulah penghubung antara zaman Kerajaan Indera Mahlota dengan Kota Telipuk. Beta yakin, bunga pakma itu ada dalam negeri ini.”

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Ogos 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *