Pahit Manis Castaways sebagai Penggiat Teater dalam Kalangan Generasi Muda

Oleh: Muhammad Hidayat Azman

Permulaan sebagai aktivis teater yang mempunyai pengalaman setahun jagung merupakan pendedahan yang sememangnya tidak akan dilupakan. Pahit manis jatuh bangun bersama membuatkan Castaways sedar yang bakat semata-mata tidak cukup untuk membentuk sesebuah karya. Akan tetapi, usaha yang kuat dan cita-cita yang murni untuk mencapai visi membentuk generasi muda yang cakna budaya menguatkan lagi azam untuk meneruskan misi mereka. Persembahan pertama yang dipersembahkan oleh produksi Castaways ialah Regime, iaitu persembahan drama puisi berbahasa Inggeris. Sambutan persembahan tersebut begitu menggalakkan dan menjadi batu loncatan produksi ini untuk melaksanakan projek kedua, iaitu Ulek: Suatu Ceritera Mistik.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta September 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *