Rintisan Jiwa melalui Karya Kreatif, Wacana Akademik dan Seni Persembahan

Oleh: Syahidatul Munirah Badrul Munir

Perjalanan seni persembahan saya bermula ketika digandingkan bersama Raja Azura, Wan Maimunah dan Mubarak Majid dalam telefilem berjudul Buaian arahan Nurhalim Hj. Ismail sewaktu saya berumur tujuh tahun. Kemudian, suara saya pernah dirakam untuk drama radio berjudul Villa Anak Tanjung bersama-sama Kartina Aziz yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pulau Pinang. Sungguhpun begitu kerana sibuk dengan aktiviti di sekolah saya terpaksa mengetepikan minat terhadap lakonan dan hanya memilih untuk terus bergiat aktif dalam seni deklamasi puisi. Ketika saya menyambung pengajian di ASWARA, bakat saya digilap oleh pensyarah yang amat banyak mendewasakan saya, iaitu Encik Zakaria Ariffin. Beliau sering mencadangkan nama saya untuk menjadi pengacara majlis bagi majlis rasmi ASWARA. Saya mula belajar pelbagai intonasi seni suara ketika mengendalikan majlis.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta September 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *