Karangan Anak Kecil

Oleh: Umie Adam

“Azril, buku teks kamu mana?” Cikgu Hisham bertanya apabila mendapati meja Azril kosong. Hanya ada sebatang pensel sahaja.

“Kamu selalu tidak bawa buku teks. Siapa nak baca buku teks kamu? Emak kamukah? Bapa kamukah? Nenek kamukah?” sindir Cikgu Hisham geram.

Seluruh kelas bergema dengan ketawa para pelajar. Wajah Azril berubah kemerah-merahan. Dia mengetap bibir.

Cikgu Hisham mendenda Azril berdiri di atas kerusi. Azril tidak berkecil hati dengan denda Cikgu Hisham. Namun, hatinya menahan tangisan dek kerana kata-kata Cikgu Hisham sebentar tadi.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta September 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *