Namaku Bukan Lagi Gagalis

Oleh: Haniff Yusoff

Setelah berhari-hari aku mendaki, akhirnya segala-galanya tidak sia-sia. Aku seperti tidak percaya bahawa aku sudah sampai ke puncak Darul Gunung dan berjumpa dengan sekalian manusia yang pernah aku sapa di kaki gunung termasuklah orang tua yang pernah menikam aku dengan kata-katanya. Dari jauh dia mengerling aku sambil menghadiahkan senyuman. Sekalian manusia itu telah menjadi manusia berjaya dengan kehidupan yang lebih bahagia. Oh Tuhan! Aku tidak pernah berasa bahagia seperti ini. Dahulu, aku selalu ingat bahawa tidur, berangan-angan dan bergoyang kaki di atas kerusi ialah perkara yang paling membahagiakan di dunia. Ternyata tafsiran aku itu jauh menyimpang.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta September 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *