Menjejak Denai Darah: Bab 4

Oleh: Nadiah Zaini

“Qilin? Belum pernah hamba mendengar tentang binatang itu. Bagaimana pula rupanya tuanku?” tanya inang.

“Seperti yang tuan hamba lihat di dalam kurungan. Itulah qilin,” Puteri Gunung Ledang memberitahu.

“Oh, patutlah rupanya pelik. Kepalanya seperti naga tetapi badannya seakan-akan harimau pula,” inang memerikan semula binatang itu.

“Benar inang. Rupanya memang kelihatan pelik, tetapi binatang ini memiliki sifat yang menarik. Qilin akan menjadi haiwan yang buas dan ganas apabila terasa diancam. Hal yang demikian menyebabkan qilin memiliki sifat pelindung yang kuat,” Puteri Gunung Ledang menjelaskan.

“Tapi, bagaimana binatang ini boleh muncul di Kerajaan Indera Mahkota? Adakah qilin memang sudah wujud dalam kerajaan ini?” tanya inang, musykil.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta September 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *